Hilang fokus punca Marquez kemalangan

Hilang fokus punca Marquez kemalangan

Marc Marquez mengalami kecederaan bahu dan mungkin meninggalkan perlumbaan MotoGP tahun ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BURIRAM: Juara bertahan MotoGP, Marc Marquez mengakui kemalangan ketiganya pada ujian pramusim di Buriram, Thailand, kelmarin berpunca daripada faktor kurang tumpuan ketika menjalani simulasi perlumbaan.

Pelumba Ducati itu terjatuh di selekoh tiga ketika sedang melengkapkan sesi larian panjang sekali gus menamatkan lebih awal hari terakhir ujian tersebut.

Namun, Marquez yang bergegas ke pusat perubatan untuk pemeriksaan disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius sebelum kembali ke paddock.

“Perancangannya adalah untuk melakukan larian panjang dan menghabiskannya tetapi saya terjatuh ketika larian panjang, jadi saya menamatkannya lebih awal.

“Ujian ini tidaklah teruk. Ia tidak pernah mencukupi kerana saya masih fikir ada ruang untuk meningkatkan keadaan fizikal saya.

“Mungkin juga petang kelmarin saya terlalu letih untuk melakukan larian panjang dan sejujurnya kemalangan itu sedikit berpunca daripada kurang tumpuan kerana seperti semalam (Sabtu lalu) saya ada masalah perut,” katanya.

Secara keseluruhan, Ducati menunjukkan peningkatan ketara menerusi jentera GP26 berbanding tempoh sama musim lalu dengan Marquez mengesahkan dia faham mengenai spesifikasi motosikal yang akan digunakan pada tahun ini.

“Saya 100 peratus yakin dengan apa yang saya perlukan dan bagaimana kami akan memulakan musim ini. Saya menamatkan pramusim dengan perasaan yang positif,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN