Martin akhirnya serasi dengan Aprilia

Martin akhirnya serasi dengan Aprilia

Jorge Martin sudah mulai serasi dengan jentera Aprilia Racing. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BURIRAM: Juara dunia 2024, Jorge Martin akhirnya mengakui sudah mulai serasi dengan jentera Aprilia Racing selepas mempamerkan peningkatan ketara pada sesi ujian pramusim MotoGP di Buriram, semalam.

Martin yang membuat kemunculan sulung di litar musim ini selepas terlepas ujian Sepang akibat beberapa pembedahan pada Disember lalu, menamatkan hari pertama di kedudukan ke-13 keseluruhan dalam permulaan yang cukup meyakinkan.

Pelumba Sepanyol itu sebelum ini mengharungi musim sulung penuh cabaran bersama Aprilia dan hanya mengumpul tujuh hujung minggu perlumbaan dengan jentera RS-GP, malah pernah mengakui masih berasa seperti pelumba baharu ketika ujian di Valencia, tahun lalu.

“Saya terus berasa selesa sebaik turun ke trek dan jentera berfungsi dengan baik, malah trek ini yang biasanya sukar buat kami kini tampak lebih positif.

“Mungkin ini hari pertama saya benar-benar rasa ini adalah motosikal saya, ditambah pula perubahan posisi badan serta agihan berat yang terus memberikan keyakinan,” kata Martin.

Menurut Martin, kerja keras pasukan sepanjang musim sejuk termasuk pembangunan di Malaysia memberi impak besar terhadap peningkatan prestasinya tanpa perlu memaksa jentera seperti sebelum ini.

“Saya tidak perlu mencuba terlalu banyak perkara hari ini dan hanya menunggang seperti sedang membuat persiapan perlumbaan sebenar.

“Selepas ini saya perlu mula menguji beberapa komponen baharu bagi membantu Marco membangunkan jentera, namun permulaan ini memberi petanda positif menjelang musim baharu,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN