Bellingham wira Real benam Barcelona

Bellingham wira Real benam Barcelona

JUDE Bellingham meledak gol kemenan Real Madrid dalam aksi berdepan Barcelona.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Jude Bellingham muncul wira Real Madrid apabila menjaringkan gol kemenangan ketika Real Madrid menewaskan Barcelona 2-1 dalam pertembungan El Clasico di Stadium Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.

Kemenangan menamatkan rekod empat kekalahan berturut-turut Madrid dalam El Clasico musim lalu dan turut melonjakkan skuad kendalian Xabi Alonso lima mata di depan Barca di puncak La Liga selepas 10 perlawanan.

Penyerang sensasi Kylian Mbappe membuka tirai jaringan dengan penyudah leret menewaskan penjaga gol Wojciech Szczesny, hasil hantaran Bellingham, namun Barca menyamakan kedudukan pada minit ke-38 menerusi Fermin Lopez.

Bellingham memastikan sorakan gemuruh Bernabeu berpanjangan apabila meledak gol kedua hanya lima minit kemudian gol pertamanya dalam El Clasico musim ini selepas Eder Militao menanduk bola hasil sepakan silang Vinicius Junior ke laluannya.

Babak kedua menyaksikan Mbappe berpeluang menambah jaringan menerusi sepakan penalti, namun berjaya ditepis Szczesny.

Barca cuba mengasak di lewat permainan, namun kekurangan tenaga akibat ketiadaan tonggak utama seperti Robert Lewandowski, Raphinha dan Dani Olmo jelas dirasai

Keadaan semakin tegang apabila pemain tengah Pedri diarah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua di penghujung permainan, sekali gus menutup peluang Barca untuk bangkit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN