Badminton perlu pulang dengan emas

Badminton perlu pulang dengan emas

CHEN Tang Jie–Toh Ee Wei turut beraksi di Sukan SEA 2025 di Thailand-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Skuad badminton negara tidak boleh pulang dengan tangan kosong pada Sukan SEA 2025 di Thailand hujung tahun ini selepas membariskan skuad ‘bintang’ pada temasya dwitahunan itu.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, keputusan menghantar pemain senior ke temasya itu mesti dibuat secara strategik dengan mengambil kira kekuatan lawan serta harapan tinggi rakyat.

Katanya, pengalaman pahit di Sukan SEA 2023 di Kemboja menjadi pengajaran besar apabila percubaan menurunkan skuad pelapis tidak membuahkan hasil, malah gagal mencapai sasaran satu emas.

“Di Kemboja, kita beri peluang kepada pelapis sebagai pendedahan, tetapi apabila gagal raih keputusan yang diharapkan, ramai penyokong kecewa.

“Badminton ini sukan yang dekat di hati rakyat setiap kemenangan dan kekalahan sangat dirasai,” katanya katanya selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara ke Temasya Sukan Remaja Asia, semalam.

Jelas Hannah, badminton dan bola sepak merupakan dua sukan yang paling mencorakkan emosi rakyat Malaysia, justeru sebarang keputusan mengenai penyertaan perlu dibuat dengan penuh berhati-hati.

“Kalau lawan seperti Indonesia dan Thailand turun dengan pasukan elit, kita tidak boleh sekadar hantar pelapis. Kalau pelapis bertemu pemain utama lawan, mereka akan kalah sebelum sempat belajar apa-apa,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau percaya keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menurunkan barisan terbaik di Thailand adalah bagi memastikan skuad negara kekal kompetitif dan tidak mengundang kekecewaan seperti tahun lalu.

Dalam masa sama, Hannah berkata, pihaknya akan memuktamadkan sasaran pingat keseluruhan selepas sesi rundingan bersama jurulatih dan persatuan sukan kebangsaan.

“Kita akan umumkan jumlah sasaran pingat tidak lama lagi. Penting untuk pastikan keputusan dibuat berdasarkan kemampuan sebenar atlet dan strategi lawan,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN