MANDALIKA: Pelumba rookie, Fermin Aldeguer meraih kemenangan pertama dalam karier MotoGP di Grand Prix (GP) Indonesia hari ini, manakala juara dunia, Marc Marquez terjatuh selepas perlanggaran hebat dengan Marco Bezzecchi.
Penunggang Gresini Racing, Aldeguer yang menamatkan perlumbaan pecut di tempat kedua semalam, memintas pelumba KTM Pedro Acosta untuk mengambil alih pendahuluan pada pusingan ke-10 dan akhirnya menamatkan perlumbaan dengan kelebihan hampir sembilan saat di hadapan pesaing lain.
Acosta menamatkan perlumbaan di tempat kedua manakala rakan sepasukan Aldeguer, Alex Marquez di tempat ketiga. – AGENSI