Napoli kekalkan permulaan sempurna Serie A

Napoli kekalkan permulaan sempurna Serie A

BOS Napoli, Antonio Conte meraikan kejayaan pemainnya menjaringkan gol ketiga pasukan sewaktu menewaskan Pisa 3-2 dalam aksi liga di Stadium Diego Armando Maradona, Naples, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAPLES: Napoli mengekalkan kedudukan mereka di puncak Serie A selepas menang 3-2 ke atas pendatang baharu, Pisa semalam sekali gus meneruskan permulaan sempurna juara bertahan itu dalam kempen domestik.

Kemenangan itu meletakkan Napoli dua mata di hadapan Juventus di tempat kedua, selepas seri di Verona pada Sabtu lalu dan tiga mata di depan Roma serta AC Milan yang melengkapkan empat pasukan teratas di Itali.

Napoli bakal berkunjung ke San Siro hujung minggu ini untuk menentang Milan, yang terlebih dahulu akan menentang Lecce dalam saingan Piala Itali hari ini.

“Sudah tentu kami gembira dengan empat kemenangan daripada empat perlawanan liga yang mempunyai enam atau tujuh pasukan pada tahap yang sangat tinggi.

“Kami mempunyai ramai pemain baharu yang datang ke sini dan menyarung jersi dengan lambang Scudetto (kerana menjuarai liga musim lalu) dan itu membawa tekanan,” kata bos Napoli, Antonio Conte. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN