Alonso akui kelemahan Real Madrid

Alonso akui kelemahan Real Madrid

XABI ALONSO - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Jurulatih Real Madrid, Xabi Alonso mengakui pasukannya memang layak menerima kekalahan 5-2 kepada seteru mereka, Atletico Madrid, dalam aksi derby, semalam.

Pendahulu liga, Los Blancos memenangi semua perlawanan mereka pada musim ini tetapi ditundukkan oleh pasukan kendalian Diego Simeone di Stadium Metropolitano.

“Kami tidak bermain dengan baik sebagai satu pasukan, dari segi tekanan pun, kami tidak berada pada tahap yang sepatutnya.

“Kami sedang dalam fasa pembinaan, hari ini (semalam) adalah kekalahan pertama kami dan kami perlu ambil pengajaran daripada apa yang berlaku tetapi tiada alasan, kami terluka, ini adalah aksi derby dan kekalahan ini memang patut,” katanya.

Alonso juga berkata pasukannya tidak cukup berdaya saing menentang Rojiblancos, yang bermain dengan penuh intensiti dan menyerang tanpa henti.

“Kami kekurangan intensiti itu, kami tidak bersaing dengan cukup baik hari ini (semalam) tidak pada tahap yang diperlukan dalam perlawanan seperti ini.

“Kami tidak gembira tetapi kami tidak boleh lupa apa yang telah kami lakukan sebelum ini, apa yang kami lakukan dengan baik.

“Kami sedang berada dalam fasa perkembangan, cara kami bertindak balas terhadap kekalahan ini akan menjadi perkara yang penting, dalam perlawanan seterusnya atau apabila kami bertemu lawan yang kuat, seperti Atletico hari ini (semalam).

“Kami tidak bijak jika kami tidak mampu mengambil sesuatu yang positif daripada kesakitan yang kami alami hari ini (semalam),” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN