KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, syukur untuk rahmat ini.”
Demikian perkongsian suami pelakon Izara Aishah, Adib Khalid sempena menyambut kelahiran cahaya mata ketiga, Tahara Alima.
“Menyambut cahaya mata baru kami, Tahara Alima Muhammad Adib.
“Alhamdulillah, syukur untuk kurniaan yang tidak terhingga ini dan sebuah lagi kebahagiaan kepada keluarga kami.
“Izara dan saya ingin berterima kasih atas doa dan ucapan anda semua.
“Semoga Allah melindungi, memberikannya kesihatan yang baik dan menjadikannya anak yang solehah, amin,” tulis Adib berserta rakaman video.
Adib buat pertama kalinya turut berkongsi wajah bayi tersebut menerusi video yang sama.
Izara dan Adib berkahwin pada November 2017, mereka dikurniakan tiga cahaya mata termasuk Irisa Alaia dan Amara Amina. – UTUSAN










