Real idam permulaan sempurna

Real idam permulaan sempurna di La Liga

KYLIAN Mbappe (kanan) kekal menjadi taruhan di bahagaian serangan Real Madrid musim ini.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Real Madrid dijangka bermula positif dalam kempen La Liga musim ini menerusi perancangan kreatif yang direncanakan oleh Xabi Alonso

Namun, bekas pemain tengah Liverpool dan Los Blancos itu menyedari masih banyak kerja perlu dilakukan selepas Real dibelasah Paris Saint-Germain 0-4 pada separuh akhir Piala Dunia Kelab.

“Keadaan akan berbeza… kami bermula dari kosong,” kata Alonso, sambil menegaskan beberapa pengajaran daripada kejohanan itu akan mempengaruhi pendekatannya.

Penyokong Real juga berpeluang melihat buat kali pertama perancangan taktikal jurulatih kelahiran Basque itu, termasuk kemunculan pertahanan England, Trent Alexander-Arnold.

Alonso menunjukkan fleksibiliti taktikal dengan menggunakan formasi empat dan tiga pertahanan, berbeza dengan Carlo Ancelotti yang cenderung mengekalkan empat di belakang dan sering dikritik kerana kurang penyesuaian ketika perlawanan.

Sebaliknya, Alonso sedia membuat perubahan formasi dan posisi pemain semasa perlawanan, serta menegaskan setiap pemain mesti membantu dalam pertahanan dan intensiti tinggi.

“Kami mahu semua pemain bertahan, semua 11 orang di tengah padang perlu terbabit. Mereka perlu tahu bagaimana kami mahu menekan lawan, tanpa itu, ia akan jadi amat sukar.

“Vini (Vinicius Junior), Jude (Bellingham), Fede (Valverde), Kylian (Mbape) mereka di hadapan, pertahanan juga perlu bergerak ke depan,” kata Alonso.

Alonso memburu keseimbangan yang gagal dicapai Ancelotti musim lalu selepas ketibaan Mbappe dari PSG.

Walaupun penyerang Perancis itu menjaringkan 43 gol di bawah Ancelotti, ia masih tidak cukup untuk membantu Real meraih sebarang trofi utama, manakala Barcelona memenangi La Liga sebagai sebahagian daripada treble domestik.

Mbappe terlepas perlawanan peringkat kumpulan di Piala Dunia Kelab akibat masalah perut dan penampilan pertamanya menyaksikan Rea dibelasah PSG.

“Kami perlu bersikap kritikal terhadap diri sendiri, tetapi ia juga menjadi panduan untuk kami tahu di mana perlu diperbaiki,” kata Alonso.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN