SEREMBAN: Prestasi mengagumkan Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam dua perlawanan awal Liga Malaysia termasuk menewaskan PDRM FC dengan keputusan 5-0 dalam aksi Piala FA semalam hanyalah permulaan dalam perjalanan panjang pasukan itu musim ini. Bagi ketua jurulatih skuad Jang, Nidzam Jamil, banyak perkara yang masih perlu diperbaiki kerana pasukan tersebut barulah memasuki minggu kesembilan berlatih bersama-sama. Dia berkata masih memerlukan sedikit masa lagi untuk membentuk sebuah pasukan yang baik sekali…