Marc Marquez terus gah, juarai pecut Austria

Marc Marquez terus gah, juarai pecut Austria

Marc Marquez meraikan kejayaan di podium selepas memenangi perlumbaan pecut menjelang Grand Prix MotoGP Austria di litar perlumbaan Red Bull Ring di Spielberg, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SPIELBERG: Marc Marquez mengekalkan penguasaannya dalam saingan MotoGP apabila menjuarai perlumbaan pecut Grand Prix (GP) Austria di Litar Red Bull Ring, malam tadi.

Pelumba Ducati itu meraih kemenangan pecut ke-12 musim ini, sekali gus melebarkan jurang 123 mata di depan adiknya, Alex Marquez, yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Pedro Acosta dari pasukan KTM pula melengkapkan podium selepas mengatasi Marco Bezzecchi yang bermula dari petak utama.

Marquez, yang sebelum ini tidak pernah menang di Spielberg, menggunakan kesilapan kecil Alex ketika keluar selekoh untuk memintas dan mengekalkan kedudukan hingga garisan penamat.

Keputusan itu juga menebus kekalahannya dalam pecut di Silverstone bulan lalu apabila Alex muncul pemenang tunggal yang berjaya menewaskannya musim ini.

Juara dunia dua kali, Francesco Bagnaia mengalami perlumbaan malang selepas tersasar keluar trek di selekoh pertama sebelum akhirnya berundur ke pit dan bersara.

Perlumbaan utama hari ini dijangka lebih sengit apabila Bezzecchi sekali lagi memulakan saingan dari petak pertama dengan sokongan besar pasukan Aprilia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN