Tang Jie-Ee Wei cemas sebelum mara

Tang Jie-Ee Wei cemas sebelum mara

CHEN Tang Jie-Toh Ee Wei menewaskan pasangan tuan rumah, Gao Jia Xuan-Wu Meng Ying 22-20, 21-17 pada aksi pusingan kedua Terbuka China di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, Changzhou, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berdepan detik cemas sebelum mengesahkan tiket ke suku akhir Terbuka China di Changzhou, sebentar tadi.

Pasangan No. 4 dunia itu bangkit daripada ketinggalan 14-20 dalam set pertama untuk menewaskan wakil tuan rumah, Gao Jia Xuan-Wu Meng Ying 22-20, 21-17 dalam tempoh 35 minit.

Tang Jie-Ee Wei mempamerkan semangat juang tinggi apabila menafikan enam mata set lawan untuk memenangi set pembukaan secara dramatik.

Kemenangan itu membuka laluan buat pilihan keempat kejohanan itu meneruskan kemaraan dalam aksi bertaraf Super 1000 tersebut.

Gandingan negara itu bakal bertemu satu lagi pasangan tuan rumah, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui yang mengejutkan pilihan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran.

Untuk rekod, pencapaian terbaik Tang Jie-Ee Wei di kejohanan ini adalah mara ke separuh akhir pada edisi tahun lalu.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN