Hujan lebat luar biasa di China paksa 19,000 penduduk pindah

Hujan lebat luar biasa di China paksa 19,000 penduduk pindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Hujan lebat luar biasa yang melanda utara China mencetuskan banjir besar di bandar Baoding, wilayah Hebei, memaksa lebih 19,000 penduduk berpindah.

Dalam tempoh 24 jam lalu, daerah Yi di barat Baoding merekodkan jumlah hujan sebanyak 447.4 milimeter (mm), hampir menyamai jumlah purata hujan tahunan bandar tersebut yang biasanya melebihi 500 mm.

Beberapa stesen cuaca di wilayah Hebei, yang merangkumi Baoding, turut mencatatkan rekod baharu akibat hujan luar biasa itu.

Menurut Pentadbiran Meteorologi China (CMA), sekitar 19,453 penduduk daripada 6,171 isi rumah dipindahkan susulan hujan lebat luar biasa yang melanda Baoding.

CMA turut membandingkan jumlah taburan hujan dengan kejadian luar biasa akibat Taufan Doksuri pada 2023, yang menenggelamkan lembangan Sungai Hai termasuk ibu negara Beijing, dengan hujan paling lebat dalam sejarah 140 tahun.

Hebei mencatatkan jumlah hujan tahunan sebanyak 640.3 mm pada 2024, iaitu 26.6 peratus lebih tinggi berbanding purata jangka panjang, menurut Buletin Iklim 2024 yang dikeluarkan CMA.

Laporan itu turut mendedahkan, wilayah Hebei merekodkan taburan hujan tahunan melebihi purata selama empat tahun berturut-turut sejak 2020, menandakan trend cuaca semakin ekstrem di rantau berkenaan.

Baoding kekal dalam amaran hujan lebat tahap tertinggi setakat hari ini, manakala wilayah Hebei meningkatkan tahap kesiapsiagaan kecemasan.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN