KOTA BHARU: Bapa pembangunan bola sepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa mengesahakan beliau menerima tawaran sebagai Presiden Kelab Bola Sepak Kelantan The Real Warriors (Kelantan-TRW) berkuatkuasa serta-merta. Annuar berkata, keputusan menggalas tanggungjawab itu dibuat bagi memulihkan semula bola sepak Kelantan yang pernah melalui zaman kegemilangan sebelum ini. Menurutnya, sebelum membuat keputusan beliau telah duduk semeja dengan pengurusan untuk mendapatkan gambaran penuh berkaitan landskap pasukan. “Mengambil kira keperluan memulihkan semula pasukan Kelantan, saya bersetuju menerima tawaran tersebut. “Tanggungjawan ini merupakan satu penghormatan yang diberikan oleh Kelantan-TRW kepada saya,” katanya kepada pemberita…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya