Terima kasih Tunku Mahkota Ismail, PMX- Hannah

Terima kasih Tunku Mahkota Ismail, PMX- Hannah

Pemain Malaysia, Rodrigo Holgado meraikan jaringan selepas menyumbat gol kedua dalam saingan kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) di sini, malam ini. Malaysia menang 4-0 ke atas Vietnam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berbangga dengan kejayaan skuad Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 pada aksi kedua Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, kelmarin.

Menerusi catatan di laman Facebook, Hannah berterima kasih kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianggapnya sebagai pencetus kepada revolusi Harimau Malaya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada ketua jurulatih skuad kebangsaan, Peter Cklamovski selain menghargai sokongan padu yang diberikan seluruh peminat bola sepak tanah air terutama Ultras Malaya.

“Tahniah diucapkan kepada jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski di atas kejayaan menewaskan Vietnam 4-0 dalam aksi kedua Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

“Ia sekali gus menamatkan penantian 11 tahun (Harimau Malaya tidak menang) ke atas skuad Naga Emas. Gegak gempita Ultras Malaya ditambah lagi sorakan padu 61,512 penyokong menjadi satu memori manis kepada rakyat Malaysia yang meraikan kejayaan ini.

“Terima kasih TMJ (Tunku Mahkota Ismail), terima kasih PMX. Selamanya Harimau Malaya,” tulis Hannah.

Pada aksi itu, pemain warisan baharu, Joao Figueiredo yang juga pemain terbaik perlawanan meledak gol pembukaan pada minit ke-49 sebelum Rodrigo Holgado, Corbin Ong dan Dion Cools melengkapkan kemenangan bergaya tersebut.

Kemenangan ke atas Vietnam meletakkan Harimau Malaya di kedudukan teratas Kumpulan F dengan mengumpul enam mata, tiga mata di depan Vietnam dan Laos, manakala Nepal di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN