Pemain tempatan jangan ‘tidur’

Pemain tempatan jangan ‘tidur’

ARIF Aiman dikawal ketat ketika Malaysia berdepan Vietnam dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kehadiran lebih ramai tonggak warisan dalam skuad Harimau Malaya sepatutnya menjadi pembakar semangat kepada pemain tempatan untuk meningkat kualiti.

Pemain tempatan tidak boleh mengambil pendekatan menyerah kalah dan perlu berusaha memikat barisan kejurulatihan skuad kebangsaan yang diketuai oleh Peter Cklamovski.

Jika kualiti yang dipamerkan anak tempatan lebih baik dan berkualiti berbanding pemain warisan atau naturalisasi, tiada sebab untuk Cklamovski tidak menyenaraikan pemain terbabit.

Contoh terbaik ialah Arif Aiman Hanapi yang langsung tidak tergugat dengan kehadiran pemain warisan baharu apabila namanya sentiasa ada dalam kesebelasan skuad negara.

“Kedatangan pemain baharu amat membantu pasukan kami dan saya akan terus bersaing untuk merebut tempat serta meletakkan diri saya dalam kesebelasan utama,” kata Arif Aiman.

Biarpun kehadiran pemain warisan hasil projek revolusi skuad kebangsaan mendapat reaksi pelbagai, perlu diakui mereka ada hak dan kehadiran mereka juga sangat membantu.

Aksi memukau Harimau Malaya ketika membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 pada Selasa lalu menjadi bukti awal perubahan dan keberkesanan pemain warisan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN