Chelsea bermula langkah kanan, benam LAFC 2-0

Chelsea bermula langkah kanan, benam LAFC 2-0

ENZO Fernandez meraikan gol jaringannya ketika berdepan LAFC dalam saingan Kumpulan D Piala Dunia Kelab.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATLANTA: Chelsea bermula Langkah kanan dalam saingan Piala Dunia Kelab apabila membenam Los Angeles FC (LAFC) 2-0, awal pagi ini.

Skuad kendalian Enzo Maresca mempamerkan penguasaan dengan menaringkan gol pada setiap babak menerusi Pedro Neto dan Enzo Fernandez.

Gol Neto dihasilkan pada minit ke-34 hasil umpanan Nickolas Jakson, sekali gus memberi kelebihan buat Chelsea selepas wisel penamat separuh pertama dibunyikan.

Dalam aksi di Stadium Mercedez-Benz itu, Liam Delap membuat penampilan sulung dan berjaya memberi impak dengan umpanan kepada gol Fernandez pada babak kedua..

LAFC mencipta beberapa peluang untuk kembali ke dalam permainan, tetapi kualiti Chelsea menyerlah pada detik-detik penting dan mereka memperoleh kemenangan berbaloi.

Kemenangan itu menyaksikan Chelsea mendahului Kumpulan D dengan tiga mata, manakala LAFC kekal tanpa sebarang mata.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN