Marc Marquez beri amaran kepada pencabarnya

Marc Marquez beri amaran kepada pencabarnya

AKSI pelumba Ducati, Marc Marquez dalam Grand Prix (GP) Perancis pada 11 Mei lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pendahulu kejuaraan MotoGP, Marc Marquez mengakui tidak gentar terhadap mana-mana litar pada musim ini, namun mengakui akan ada perlumbaan dia akan bergelut.

Marc memulakan musim pertamanya bersama pasukan kilang Ducati dengan cemerlang apabila memenangi kesemua enam perlumbaan pecut setakat ini serta tiga daripada enam Grand Prix (GP) pertama.

Itu telah memberikannya kelebihan 22 mata dalam kejuaraan berbanding adiknya yang juga pelumba Ducati Gresini, Alex Marquez, menjelang GP British hujung minggu ini di Silverstone.

Marc hanya pernah menang sekali di Silverstone dalam karier kelas premiernya, iaitu pada 2014 dalam perjalanan menuju kejuaraan dunianya yang kedua daripada enam.

Ia mengulangi corak yang sama seperti di Qatar, di mana Marc tidak pernah menang sejak 2014 sebelum mencatatkan kemenangan berganda di Lusail tahun ini.

Ketika ditanya sama ada terdapat mana-mana litar akan datang yang dijangkakan sukar buatnya, Marc memberi amaran kepada para pencabarnya.

“Tiada. Ini adalah sasaran. Sudah tentu, secara jujurnya, akan ada beberapa litar perlumbaan di mana saya akan bergelut tetapi saya tidak akan tiba pada hujung minggu dengan pemikiran saya akan bergelut.

“Selepas hari Jumaat saya akan lihat sama ada saya bergelut atau tidak, kerana secara jujurnya selepas GP Qatar, yang sangat mencabar buat saya tetapi berjaya, saya tidak takut terhadap mana-mana litar.

“Perlumbaan sukar itu akan tiba, ya, tetapi kita perlu faham bahawa sekarang kita telah mendapat kelebihan kecil itu (dalam kejuaraan). Jadi, sasaran utama adalah untuk tidak mensia-siakan kelebihan itu seperti yang berlaku di Austin dan Jerez,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN