KAJANG: Kes serangan asid ke atas pemain sayap Selangor FC dan Harimau Malaya, Faisal Halim sudah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
Peguam mewakili Faisal, Nik Zarith Nik Moustpha berkata, perkara berkenaan dimaklumkan oleh Jabatan Peguam Negara menerusi satu surat bertarikh 18 Februari 2025.
“Kami membuat kenyataan di sini sebagai peguam yang mewakili anak guam kami, Faisal Halim berhubung kes serangan simbahan asid terhadap beliau pada 5 Mei 2024.
“Sepanjang tempoh siasatan kes ini, pihak kami mengambil beberapa langkah proaktif bagi memastikan kes ini diberikan perhatian yang sewajarnya,” kata dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
Menurut Nik Zarith, surat Jabatan Peguam Negara itu menyatakan PDRM tidak dapat mengesan sebarang petunjuk untuk kaitkan mana-mana individu dalam kes berkenaan.- UTUSAN