DALAM senyuman manis yang terukir di wajah Nor Farah Ain Abdullah, tersimpan kisah penuh luka dan perjuangan yang akhirnya menghadiahkan gelaran Olahragawati Kebangsaan 2024 kepadanya. Di sebalik kejuaraan dunia dan status pemain No. 1 dunia boling padang, Farah terpaksa menempuh detik sukar dengan kecederaan serta masalah kesihatan mental yang menghantuinya sepanjang musim. “Untuk makluman, saya mengalami masalah kesihatan mental seperti serangan panik dan kemurungan. “Tekanan itu akan datang bersama simptom gementar, mata berair dan dada sakit,” kata Farah kepada Mingguan Malaysia. Lebih mencabar, Farah masih bergelut dengan kecederaan bahu kanan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya