Selangor tumpaskan PDRM 2-0

Selangor tumpaskan PDRM 2-0

Pemain Selangor, Alvin Fortes (kiri), diasak pemain PDRM, Mohd Safiee Ahmad pada perlawanan Liga Super Selangor menentang PDRM, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC menutup kempen Liga Super musim ini dengan noktah kemenangan apabila berjaya menumpaskan PDRM FC 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Kemenangan berkenaan menyaksikan Selangor yang bergelar naib juara Liga Super lebih awal mengutip 52 mata hasil 16 kemenagan dan empat kali seri dalam 24 perlawanan musim ini.

Dalam aki berkenaan, skuad bimbingan Katsuhito Kinoshi berpeluang untuk berada di hadapan pada minit ke-21, namun tendangan penalti Ronnie Fernandez dinafikan penjaga gol PDRM FC, Nur Hakeem Hamidun.

Pada minit ke-34 Ifedayo Olusegun berjaya merobek gawang tuan rumah, namun gergasi Merah Kuning bernasib baik apabila jaringan itu dibatalkan kerana penyerang itu berada dalam kedudukan ofsaid.

Bersambung babak kedua, anak buah Kinoshi menggadakan asakan dan usaha mereka berhasil pada minit ke-48 menerusi rembatan deras Alvin Fortes untuk menewaskan Hakeem.

Pada masa tambahan, Yohandry Orozco mengesahkan kemenangan Selangor FC selepas menyempurnakan hantaran Danial Asri untuk menjadikan kedudukan 2-0 buat tuan rumah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya