LEVERKUSEN, Jerman: Bayern Munich dan Inter Milan akan bertemu di suku akhir Liga Juara-Juara, bulan depan selepas menyingkirkan lawan masing-masing di pusingan 16 terbaik, semalam.
Harry Kane membantu Bayern menjaringkan satu gol pada minit ke-52 dan bantuan jaringan (m-71) kepada Alphonso Davies untuk mencatat kemenangan 2-0 ke atas Bayer Leverkusen dalam perlawanan timbal balik pusingan 16 UCL, semalam sekali gus mara dengan agregat 5-0.
Kane yang telah merekodkan 10 gol dalam UCL, menjadikannya sebagai pemain Inggeris pertama menjaringkan 10 gol dalam satu musim Piala Eropah.
“Persembahan yang sangat bagus.Sejak dari minit pertama, kami tidak mahu menjadi pasukan yang hanya bertahan dan mempertahankan kedudukan.
“Kami mahu bermain agresif, memberi tekanan dan mencipta peluang untuk menang. Kami melakukan itu pada separuh masa pertama dan memiliki peluang yang lebih baik,” kata Kane.
Sementara Inter Milan mara selepas kemenangan 4-1 secara agregat ke atas Feyenoord pada peringkat 16 terakhir.
Simone Inzaghi kini berpeluang menebus kehampaan bertemu kelab gergasi Jerman itu selepas empat kali tewas dengan dua pasukan berbeza. – AGENSI/UTUSAN










