LEVERKUSEN, Jerman: Bayern Munich dan Inter Milan akan bertemu di suku akhir Liga Juara-Juara, bulan depan selepas menyingkirkan lawan masing-masing di pusingan 16 terbaik, semalam. Harry Kane membantu Bayern menjaringkan satu gol pada minit ke-52 dan bantuan jaringan (m-71) kepada Alphonso Davies untuk mencatat kemenangan 2-0 ke atas Bayer Leverkusen dalam perlawanan timbal balik pusingan 16 UCL, semalam sekali gus mara dengan agregat 5-0. Kane yang telah merekodkan 10 gol…










