PETALING JAYA: Atlet olahraga para negara, Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi mengakui menunggu di bilik panggilan dalam tempoh yang lama menjejaskan momentumnya ketika acara akhir 400 meter (m) lelaki T20 (kecacatan intektual) Sukan Paralimpik Paris 2024, semalam.
Pemegang rekod Asia 47.60 saat (s) itu berkata, badannya tidak begitu cergas selepas berada dalam bilik panggilan sebelum acara bermula serta mendedahkan peserta lain turut mengalami kekejangan berikutan tunggu terlalu lama.
“Saya kecewa dengan larian saya. Saya terima Allah SWT tidak beri lagi pingat kepada saya.
“Saya memang tidak biasa dalam bilik panggilan lama hingga badan saya sejuk. Peserta lain pun ramai yang kejang,” katanya.
Pecutan 10m terakhir wakil dari Mauritius, Yovanni Philippe menafikan impian pingat pertama Ammar dalam penampilan sulungnya pada temasya berprestij terbabit.
Ammar menamatkan saingan semalam dengan catatan 48.38s dan pingat emas menjadi Jhon Sebastian Obando Asprilla dari Colombiadengan catatan 48.09smeninggalkan pencabar terdekat dari Sepanyol, David Jose Pineda Mejia yang meraih perak dengan 48.24s.
Justeru, dia berharap dapat meningkatkan prestasi dan tetap berazam membawa pulang emas buat negara jika beraksi di Sukan Paralimpik 2028 di Los Angeles.
Untuk rekod, Ammar memecahkan rekod Asia dengan catatan 47.60s yang dipegang oleh atlet Iran, Ramzani 47.80s menerusi Sukan Para Asia Hangzhou 2022.- UTUSAN










