LONDON: Arne Slot menghamburkan pujian kepada anak-anak buahnya apabila berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam dua aksi awal Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini. The Reds mencipta kemenangan kedua dalam saingan EPL dengan menewaskan Brentford 2-0 di laman sendiri yang juga merupakan perlawanan pertama Slot di Anfield. Kejayaan itu juga menyaksikan Slot berjaya memikat hati penyokong Liverpool apabila namanya dilaungkan sebelum dan selepas perlawanan berlangsung. “Saya fikir penyokong Liverpool melihat…










