Aniq minta maaf, akui kecewa

Aniq minta maaf, akui kecewa

aniq
MOHAMAD Aniq Kasdan menjadi antara prospek baharu di Sukan Olimpik LA28 selepas menampilkan aksi terbaik di Sukan Olimpik Paris 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Badang negara, Mohamad Aniq Kasdan mengakui kecewa kerana tidak dapat memberi khabar gembira kepada rakyat Malaysia selepas terlepas peluang membawa gangsa dalam acara angkat berat kategori 61 kilogram (kg) lelaki Sukan Olimpik Paris 2024.

Lebih perit, perbezaan 1kg menjadi pemisah antara Aniq dengan pemenang pingat gangsa Hampton Morris dari Amerika Syarikat.

“Harapan saya selepas ini saya nak jadi pemenang di Olimpik akan datang dan mendapat keputusan lebih bagus.

“Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong saya, minta maaf saya sudah cuba buat yang terbaik tetapi tiada rezeki lagi,” katanya.

Percaturan untuk melakukan angkatan 174kg pada percubaan kedua dan ketiga selepas berjaya melakukan angkatan 167kg (angkatan pertama) clean & jerk nyata perlu dibayar dengan harga yang mahal iaitu terlepas pingat.

Peluang untuk Aniq merangkul gangsa cukup cerah selepas penarikan diri atlet Indonesia Eko Yuli Irawan yang mengalami kecederaan.

“Saya dah cuba angkat lebih daripada apa yang saya pernah buat sebelum ini (172kg dalam latihan), tetapi tidak berjaya. Jika berjaya dengan bebanan 174kg itu, boleh dapat pingat perak dan buat rekod kebangsaan baharu (bagi clean & jerk).

“Kali ini saya terpaksa pulang dengan kekecewaan tapi pada masa sama, saya dapat pengalaman baharu dalam sukan ini. Saya puas hati dengan angkatan snatch, cuma clean & jerk tak jadi,”ujarnya.

Pada saingan itu, Li Fabin dari China mempertahankan pingat emas dengan jumlah angkatan 310kg iaitu snatch 143kg dan clean & jerk 167kg.

Manakala perak dan gangsa masing-masing menjadi milik Theerapong Silachai dari Thailand dengan 303kg (132kg, 171kg) dan atlet Amerika Syarikat, Hampton Morris dengan angkatan 298kg (126kg, 172kg).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN