Selangor mahu bentuk skuad mantap ke pentas Asia

Selangor mahu bentuk skuad mantap ke pentas Asia

PEMAIN Selangor, Yohandry Jose Orozco meraikan jaringan pada perlawanan Liga Super 2024 Selangor menentang Penang FC, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC memasang impian untuk terbang lebih tinggi dan membentuk skuad yang lebih ampuh serta dapat menampilkan aksi cemerlang dalam saingan elit di Asia seperti mana yang dilakukan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC.

Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil berkata, melihat prestasi pasukan bimbingannya ketika ini, beliau yakin dan menaruh harapan untuk membawa pasukan itu berada di tahap lebih jauh dan mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Menurut Nidzam, beliau akan buktikan perkara itu terutama tanggapan negatif dari sesetengah pihak kepada pasukan Red Giants selain akan memberi fokus untuk menambah baik skuad kendaliannya dari semasa ke semasa.

“Kita rasa kita ada peluang untuk itu (untuk berjaya), untuk tingkatkan prestasi lebih cemerlang. Sudah pasti kita nak ada dekat tempat yang dikatakan ‘elite’. Contoh JDT dan Terengganu. Kita nak ada dekat tempat itu dan ia juga cita-cita kita.

“Orang selalu cakap selama ini sudah bersedia atau tidak untuk AFC. Itu persepsi dalam bola sepak. Hari pertama saya dilantik, banyak juga persepsi. Tapi saya tak nak dikurung dengan persepsi-persepsi begini kerana saya fikir, buat masa kini, saya cuba mendapatkan keputusan positif, bermain dengan baik dan Kita cuba positif secara berterusan.

“Dari segi corak permainan sudah pasti ada beberapa aspek yang kita nak naik taraf. Sebab itu, kita nak main di liga yang lebih baik (saingan AFC). Tetapi, sebenarnya sangat subjektif (corak permainan),” katanya dalam sidang akhbar selepas Selangor FC membenam Penang FC 4-1 dalam saingan Liga Super, semalam.

Mengulas mengenai kemenangan tersebut, Nidzam mengakui puas apabila anak-anak buahnya berjaya menamatkan episod kekalahan dan kembali mengutip tiga mata penuh.

“Kita tentunya gembira dengan 3 mata pada hari ini, dan masalahnya yang dibawa oleh Penang bukan mudah, cuma akhirnya kita fikir bagaimana mahu keluar dari masalah ini,” katanya.

Perlawanan seterusnya dalam kempen Liga Supermenyaksikan Selangor berdepan dengan Sri Pahang di tempat lawan, manakala Penang akan menentang Kelantan Darul Naim FC di Stadium Bandaraya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN