PETALING JAYA: Selangor FC berwaspada dan tidak mahu pemain bintangnya, Faisal Halim berdepan kecederaan lain sekiranya kembali lebih awal ke padang bola sepak. Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, oleh sebab itu, Selangor tidak mahu terburu-buru untuk mendedahkan pemain itu kepada sesi latihan. “Pada peringkat permulaan, kita tidak mahu tergesa-gesa kerana takut akan menyebabkan kecederaan lain pula ke atas Faisal. “Walaupun kita tahu dia seorang yang…










