Zhafri mahu pikat hati Pan Gon

Zhafri mahu pikat hati Pan Gon

ZHAFRI Yahya mahu memastikan namanya berada dalam senarai akhir Harimau Malaya untuk berdepan Kyrgyzstan dan Taiwan dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027- IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain Kuala Lumpur City (KL City) FC, Zhafri Yahya, bertekad untuk memberikan yang terbaik dalam kem latihan kebangsaan kali ini demi memastikan namanya berada dalam senarai akhir Harimau Malaya.

Meskipun sebelum ini beberapa kali dipanggil ke kem latihan kebangsaan, Zhafri masih belum berjaya memikat hati ketua jurulatih, Kim Pan Gon untu membarisi skuad akhr bagi mewakili Harimau Malaya.

“Saya berbangga dapat hadir ke kem latihan kebangsaan kali ini. Ini peluang saya untuk menunjukkan yang terbaik agar terpilih ke skuad kebangsaan. Tujuan saya tetap sama, iaitu untuk memberi yang terbaik kepada diri saya dan berharap mendapat kepercayaan daripada jurulatih untuk masuk dalam senarai akhir,” kata Zhafri ketika ditemui di Wisma FAM.

Zhafri mengakui bahawa pemain yang cedera mempunyai pengalaman luas dalam skuad kebangsaan, tetapi beliau melihat situasi ini sebagai peluang untuk dirinya membuktikan kemampuan kepada diri sendiri dan pasukan.

“Latihan yang diterapkan Pan Gon hampir sama, cuma ada beberapa bahagian yang saya rasa baharu. Ini sesuatu yang baik untuk pasukan kerana ia boleh meningkatkan prestasi pemain baru dan lama.

“Semua memberi 100 peratus fokus dalam latihan, dan coach juga telah memberikan penerangan mengenai taktikal kepada pemain-pemain baru. Saya juga perlu mengingat kembali apa yang pernah diajarkan oleh jurulatih untuk memahami apa yang dimahukan,” katanya.

Meskipun sudah berusia 30 tahun, Zhafri tetap menyerahkan segala kepada rezeki yang mendatang dan berjanji akan memberikan yang terbaik jika diberi peluang untuk bermain dengan pasukan kebangsaan.

Dia juga tidak kisah untuk bermain di bahagian tengah atau sayap kerana memiliki pengalaman bermain di kedua-dua posisi tersebut.

Zhafri, yang telah membuat dua penampilan liga musim ini dengan kesemua penampilannya bermula dari kesebelasan utama KL City FC, bersedia untuk membantu skuad negara dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Malaysia dijadualkan menentang Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun ini sebelum berdepan Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun.-UTUSAN

KAPSYEN: ZHAFRI Yahya mah memastikan namanya berada dalam senarai akhir Harimau Malaya untuk berdepan Kyrgyzstan dan Taiwan dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027- IHSAN FAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN