Turkiye tumpaskan Republik Czech 2-1, mara ke pusingan 16

Turkiye tumpaskan Republik Czech 2-1, mara ke pusingan 16

PEMAIN Turkiye meraikan kejayaan mereka mara ke pusingan 16 Euro 2024 selepas menumpaskan Republik Czech 2-1, hari ini.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAMBURG: Turkiye berjaya melangkah ke pusingan 16 Euro 2024 selepas berjaya menumpaskan Republik Czech 2-1 ketika lawan beraksi dengan sembilan pemain.

Gol Turkiye dalam perlawanan itu dihasilkan Hakan Calhanoglu and Cenk Tosun, sekali gus membawa pasukan melangkah ke pusingan kalah mati dan dijadual bertemu Austria, Rabu nanti.

Republik Czech yang melangkah mara ke suku akhir Euro edisi lalu beraksi dengan sembilan pemain selepas Antonin Barak dilayangkan kad merah pada minit ke-20 dan Tomas Chory pada masa tambahan babak kedua.

Kemenangan itu melenyapkan memori hitam Turkiye pada edisi Euro 2020 yang menyaksikan mereka tersingkir di pusingan awal selepas dibolosi lapan gol dalam tiga kekalahan.

“Kami semua bermain dengan sangat baik secara Bersama. Kami berdepan masa yang sukar menentang pasukan sebegini pada masa lalu. Saya fikir kami sudah meningkatkan keupayaan diri,” kata pertahanan Turkiye, Mert Muldur.

Selepas dua kemenangan dalam tiga perlawanan, Turkiye menamatkan peringkat Kumpulan F di tangga kedua di belakang Portugal yang hanya dibezakan menerusi perbezaan jaringan.

“Ketika kami bercakap dengan rakan-rakan sebelum kem, sasaran kami adalah untuk mara dari peringkat kumpulan. Kami mengekalkan janji dan berjaya mara.

“Sekarang, kami perlu mengharunginya satu demi satu,” kata pemain sayap Turkiye, Baris Alper Yilmaz.

Skuad Republik Czech pula menamatkan saingan kumpulan di tangga tercorot dengan satu mata.

“Ia mengecewakan kerana kami semua mahu melangkah mara,” kata kapten Republik Czech, Tomas Soucek yang meledak gol pada minit ke-66.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN