Shaw sedia mantapkan pertahanan England

Shaw sedia mantapkan pertahanan England

LUKE Shaw sekali lagi 'dihantui' dengan kecederaan menjelang kempen Liga Perdana Inggeris (EPL). - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BLANKENHAIN: Pertahanan England, Luke Shaw semakin pulih dan berkemungkinan bermula pada kesebelasan utama ketika menentang Slovakia pada perlawanan pusingan 16 Euro 2024, awal pagi esok.

Rakan sepasukannya, Anthony Gordon berkata, pemain berusia 28 tahun itu sering diketepikan susulan kecederaan hamstring sejak bulan lalu, namun Shaw beliau turun menjalani latihan secara penuh minggu ini.

“Proses pemulihannya berjalan lancar terutamanya sejak minggu lalu. Beliau (Shaw) seorang pemain yang bagus dan amat profesional dan tidak pernah ragu-ragu untuk kembali cergas.

“Hanya masa yang mampu memastikan beliau kembali dengan cergas sepenuhnya. Saya juga cedera pada awal ketika bersama dengannya. Saya melihat proses pemulihan dan dia tetap memberi komitmen yang tinggi,” kata Gordon.

Sebelum ini, Gordon terlepas aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk Newcastle United selepas mengalami kecederaan buku lali yang agak serius.

Terdahulu, pengendalinya, Gareth Southgate dalam dilema untuk menyenaraikan Shaw ke dalam skuad biarpun tidak pernah diturunkan di Manchester United sejak Februari lalu akibat kecederaan.

Dalam pada itu, selepas diikat tanpa jaringan ketika menentang Slovenia, Shaw ditanya oleh para media berkenaan kecergasan beliau.

Bagaimanapun, Shaw memberi bayangan kepada media yang hanya berkata “perlawanan seterusnya.”

Sekiranya berjaya menumpaskan Slovakia, England akan berdepan pemenang antara Itali dan Switzerland di peringkat suku akhir. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN