Sepanyol elak kejutan Albania

Sepanyol elak kejutan Albania

SKUAD Sepanyol menjani latihan menjelang pertembungan dngan Albania dalam perlawanan terakhir Kumpulan B Euro 2024-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Sepanyol tidak akan mengambil mudah cabaran Albania dalam aksi terakhir Kumpulan B Euro 2024 esok biarpun mereka kini sudah layak ke pusingan 16 hasil kemenangan ke atas Croatia dan Itali.

Pengendali Sepanyol, Luis De La Fuente mempunyai peluang untuk merehatkan pemain utama bagi perlawanan terakhir kumpulan, namun beliau juga mahu mengekalkan momentum yang dibina skuad kendaliannya.

“Kami masih jauh untuk memenangi Euro. Kami masih belum mencapai apa-apa. Kami memenangi beberapa perlawanan penting dan kami mempunyai peluang yang menarik tetapi, Albania tidak boleh dipandang mudah.

“Bola sepak juga kadang kala boleh menjadi sangat kejam. Jadi kita perlu berhati-hati. Kita perlu merendah diri dan perlu menunjukkan rasa hormat kepada lawan,” kata De La Fuente menjelang pertembungan dengan Albania.

De La Fuente kini menampilkan sisi berbeza ketika mengendalikan Sepanyol apabila beliau secara terbuka menyifatkan skuadnya sebagai yang terbaik dalam kejohanan Eropah kali ini dan juga di dunia ketika ini.

Kenyataan De La Fuente itu dikeluarkan selepas beliau mempunyai alasan apabila Sepanyol kelihatan sempurna dan memburu peluang untuk mereka memenangi Euro keempat di Jerman.

Bintang remaja seperti Lamine Yamal, pemain sayap Nico Williams dan Pedri yang berusia 21 tahun semuanya mempamerkan aksi cemerlang ketika mereka menumpaskan Croatia dalam perlawanan pertama dan membenam Itali, kelmarin.

Selain itu, penyerang Alvaro Morata, pertahanan Dani Carvajal dan tonggak tengah, Rodri menggunakan pengalaman kejohanan yang tidak ternilai itu untuk mengembalikan kegemilangan Sepanyol.

Dalam pada itu, Albania yang turun dalam misi mencari kemenangan pastinya akan mempertaruhkan skuad terbaik mereka untuk mengintai peluang ke pusingan 16 selepas berjaya mengikat Croatia 2-2 dalam perlawanan kedua.

Ketika ini, skuad kendalian Sylvinho kini berada di tangga ketiga Kumpulan B ketika ini berkongsi satu mata dengan Croatia dan mereka pastinya memburu tiga mata dalam pertembungan dengan Sepanyol biarpun dilihat sedikit sukar.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN