Rangnick terkejut Austria juara Kumpulan D

Rangnick terkejut Austria juara Kumpulan D

PEMAIN Austria merayakan kejayaan mereka menumpaskan Belanda 3-2 dalam aksi terakhir Kumpulan D Euro 2024, sekaligus mara ke pusingan 16 terbaik.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Jurulatih Austria, Ralf Rangnick menyifatkan adalah luar biasa melihat pasukannya muncul juara Kumpulan D Euro 2024 mengatasi dua pasukan pilihan Perancis dan Belanda.

Austria melonjak daripada kedudukan ketiga kepada juara kumpulan hasil kemenangan dramatik 3-2 ke atas Belanda dalam aksi terakhir, manakala Perancis seri 1-1 dengan Poland.

Berdasarkan rekod, Austria tidak pernah mara ke peringkat suku akhir kejohanan.

“Kami memulakan kejohanan ini dengan tewas 0-1 hasil gol sendiri ketika menentang Perancis.

“Jika anda tahu tekanan yang kami hadapi menentang Poland (menang 3-1) apabila kami tahu kami mesti menang untuk mempunyai peluang layak secara realistik, maka menamatkan di tangga teratas kumpulan sesuatu yang luar biasa.

“Jika anda bertaruh kami menang di sini dan Perancis tidak menang anda pasti menjadi seorang lelaki atau wanita paling kaya.

“Namun, itu perkara baik tentang bola sepak dan kami diberi ganjaran untuk beraksi dengan penuh tenaga,” kata Rangnick.

Rangnick melakukan kejutan apabila membuat empat pertukaran selepas menewaskan Poland apabila menyedari Austria hanya boleh layak kecuali mereka ditewaskan dengan lebih daripada empat gol.

Katanya, keputusan seri Itali dengan Croatia membolehkan dia merehatkan beberapa pemain yang berisiko berdepan hukuman penggantungan jika menerima satu kad kuning.

“Jika gol pada perlawanan Itali tidak masuk pada minit terakhir, kami mungkin mempunyai barisan pemain berlainan kerana secara asasnya kami tidak layak,” kata Rangnick.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN