Nurfarahin juara Piala Mazda 2024

Nurfarahin juara Piala Mazda 2024

NURFARAHIN Husin muncul juara Trofi Mazda 2024, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 256 peserta telah memeriahkan Kejohanan Golf Piala Mazda 2024 anjuran Bermaz Motor Trading Sdn. Bhd. yang diadakan di padang Glenmarie Golf & Country Club (GGCC), dekat sini semalam.

Pengarah Eksekutif Bermaz Motor Trading Sdn. Bhd., Tan Sri Yeoh Choon San berkata, pihaknya teruja dengan sambutan luar biasa peminat sukan golf terhadap Kejohanan Golf Piala Mazda 2024 yang berjaya menarik ramai peserta.

“Kami sangat teruja dengan sambutan yang memberangsangkan kepada Piala Mazda 2024 tahun ini, yang menyaksikan lebih ramai kehadiran peserta.

“Terima kasih kepada semua peserta atas sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada penganjuran kali ini di GGCC yang menjanjikan suasana indah dan mencabar untuk pemain,” kata Choon San.

Kejohanan itu dimenangi oleh Nurfarahin Husin bagi Kategori Ahli, manakala Kamarulzaman Mansor menjuarai Kategori Jemputan dengan masing-masing membawa pulang trofi dan juga baucar.

Kejohanan berkenaan turut menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk barangan eksklusif Mazda, baucar padang percuma, cabutan bertuah berupa jam tangan premium dan baucar rebat bernilai sehingga RM5,000.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN