KUALA LUMPUR: Juara dunia tenpin boling, Natasha Mohamed Roslan mengakui kejayaan dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan 2023 akan menjadi pencetus semangatnya untuk memburu gelaran Asia, September ini. Selepas melakar sejarah dalam kariernya meraih anugerah berkenaan, Natasha tidak mahu menoleh kebelakang dan mahu terus melakar kejayaan selaku atlet tenpin boling sandaran negara selepas atlet legenda, Datuk Shalin Zulkifli. Menurutnya, anugerah berkenaan akan menjadi pembakar semangatnya untuk mempamerkan aksi terbaik sekali gus mencerahkan…