Latif idam pecah rekod dunia

Latif idam pecah rekod dunia

latif
ABDUL Latif Romly menjadi harapan emas Malaysia di Sukan Komanwel 2026.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly bukan sahaja mahu meraih emas tetapi turut mahu meleburkan rekod dunia miliknya pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Abdul Latif berkata, ada sedikit kekecewaan dalam dirinya ketika ini apabila tidak dapat memecahkan rekod dunia 7.64 meter (m) yang dilakukannya di Sukan Para Asia Indonesia 2018.

Sehubungan itu katanya, beliau akan berusaha untuk mengatasi rekod itu, sekali gus meraih kejayaan berganda di Paris dengan meraih emas dan melakar rekod dunia baharu dalam kariernya.

“Enam tahun saya cuba untuk mengatasi rekod saya, namun saya gagal. Jadi saya cuba pendekatan baharu iaitu mengubah haluan saya kepada sasaran untuk memecahkan rekod dunia saya sendiri.

“Keputusan ini terdetik di fikiran saya susulan setiap kali saya menang emas, saya rasa tertekan. Jadi saya mahu memberi sepenuh tumpuan kepada jarak untuk meningkatkan teknik lompatan saya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, atlet berusia 27 tahun itu hanya sekadar mencatat jarak sejauh 7.30m ketika Kejohanan Olahraga Para Dunia di Kobe, Mei lalu.

Mengulas mengenai keputusan untuk tidak menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia minggu lalu , Abdul Latif mengakui beliau tidak mahu meletakkan dirinya dalam risiko kecederaan.

“Saya mengambil berat berkenaan kondisi badan saya. Jika saya bertanding saya berkemungkinan memberi tekanan kepada tubuh badan saya dan berisiko mendapat kecederaan.

“Saya hanya mahu fokus kepada latihan menjelang Paris nanti. Itu misi utama saya dan saya tidak mahu menjejaskannya jika mengalami kecederaan sebelum Olimpik bermula,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN