Jerman elak duka 1992 berulang

Jerman elak duka 1992 berulang

JAMAL Musiala (kiri) meraikan jaringan gol kedua Jerman dalam aksi menentang Scotland di Stadium Allianz Arena,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HERZOGENAURACH: Keputusan seri 1-1 dengan Switzerland pada aksi terakhir peringkat kumpulan menjadi pengajaran berharga buat Jerman menjelang pertembungan dengan Denmark dalam saingan kalah mati Euro 2024, awal pagi esok.

Selepas mempamerkan prestasi hampir selama sedekad di kejohanan utama, keyakinan Jerman meningkat apabila memulakan kejohanan Eropah edisi ini dengan menewaskan Scotland dan Hungary.

Bagaimanapun, mereka kembali tidak konsisten ketika berdepan Switzerland dan hampir tewas sebelum tandukan minit akhir Niclas Fuellkrug menyamakan kedudukan untuk kekal selaku pendahulu kumpulan.

Keputusan itu menjadi iktibar kepada tuan rumah ketika penyokong mereka yang mengimpikan trofi Eropah keempat selain isyarat kepada jurulatih, Julian Nagelsmann bahawa terdapat banyak ruang perlu diperbaiki.

Berti Vogts yang pernah mengendalikan Jerman ketika tewas mengejut di tangan Denmark pada final 1992, mengakui kesilapan ketara susulan kekalahan itu adalah pemainnya memandang mudah kemampuan lawan.

Justeru, beliau yang menjadi pengendali Jerman pada 1990 hingga 1998, tidak mahu skuad kendalian Nagelsmann menerima nasib sama seperti dialami pasukannya.

“Pada 1992 kami tewas di final Euro menentang Denmark walaupun kami pasukan pilihan sama seperti pasukan Jerman sekarang.

“Semua orang yakin gelaran milik kami, malah pemain juga terlalu yakin dengan ramalan itu. Denmark laparkan kejayaan.

“Mereka tiada tekanan dan mengejutkan kami dan kami pula memandang mudah kemampuan mereka. Skuad Jerman sekarang tidak boleh melakukan kesilapan sama. Aksi menentang Switzerland perlu dijadikan pengajaran,” kata

Jerman hanya menang tiga daripada 11 perlawanan pada 2023 tetapi masih belum tewas tahun ini apabila menang lima kali dan seri dua kali.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN