JDT puas benam Sri Pahang

JDT puas benam Sri Pahang

ARIF Aiman Hanapi mengawal bola ketika berdepan Sri Pahang FC dalam saingan liga Super di Stadiul Sultam Ibrahim, kelmarin.- GAMBAR- RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI – Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio berpuas hati dengan persembahan pemain setelah berhempas pulas memberi aksi terbaik bagi mengutip tiga mata ketika menang 3-0 ke atas Sri Pahang FC, kelmarin.

Bidoglio memberitahu, kemenangan itu bukanlah mudah diraih lebih-lebih lagi setelah pasukan pelawat lebih banyak bertahan dan berada di kawasan sendiri.

“Pada babak pertama, kita berjaya menguasai permainan dan mencipta beberapa peluang gol namun ketumpulan penyudah menyaksikan kita hanya berpeluang menjaringkan satu gol sahaja.

“Pada babak kedua pula, kita tampil dengan aksi lebih agresif dan ini dilihat berkesan setelah pasukan pelawat melakukan kesilapan yang membawa kepada dua pertambahan jaringan,” katanya.

Pada perlawanan tersebut, penyerang import JDT, Heberty Fernandes muncul wira pasukan apabila meledak hatrik bagi memastikan kemenangan pasukan terhadap skuad bimbingan Fandi Ahmad.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan merekodkan empat kemenangan berturut-turut setakat ini dan mengungguli takhta Liga Super dengan 12 mata.

Pengendali kelahiran Argentina itu berkata, gandingan penyerang, Fernando Forestieri dan Bergson Da Silva terpaksa direhatkan kerana mengalami kecederaan yang tidak begitu serius dan dijangka cergas sepenuhnya menjelang perlawanan akan datang.

Ditanya mengenai khabar angin perpindahan pemain termahal Liga Super, Jalil Elias meninggalkan pasukan, ketua jurulatih berusia 56 tahun itu menjelaskan bahawa pemain kebangsaan Syria itu masih menjalani latihan bersama skuad Harimau Selatan.

“Tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama serta di bangku simpanan bukan bermakna Jalil sudah tidak lagi bersama JDT, perancangan taktikal yang dibuat adalah berdasarkan penilaian perlawanan demi perlawanan yang dilalui.

“Jalil masih menjalani latihan bersama JDT dan dia merupakan pemain yang bagus, dia perlu membuktikan di latihan dan bersaing bagi merebut tempat

Kali terakhir Jalil menyarung jersi JDT adalah ketika tueun menentang Negeri Sembilan FC (NSFC), 18 Mei lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN