Fullkrug selamatkan maruah Jerman, seri 1-1 dengan Switzerland

Fullkrug selamatkan maruah Jerman, seri 1-1 dengan Switzerland

PEMAIN Jerman meraikan gol jaringan Niclas Fullkrug ketika mereka terikat 1-1 dengan Switzerland dalam aksi terakhir Kumpulan A Euro 2024, hari ini.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FRANKFURT: Pemain gantian, Niclas Fullkrug muncul wira Jerman apabila jaringannya pada masa tambahan separuh masa kedua berjaya mengikat Switzerland 1-1 dalam perlawanan terakhir Kumpulan A Euro 2024, sebentar tadi.

Keputusan seri itu menyaksikan Jerman muncul selaku juara Kumpulan A dengan tujuh mata, manakala Switzerland berada di tangga kedua dengan lima mata, sekali gus mengiringi tuan rumah ke pusingan 16 terbaik pada kempen kali ini.

Turun dengan misi mahu mengekalkan rekod bersih dalam aksi peringkat kumpulan, Jerman menurunkan barisan terkuat mereka sama seperti ketika menang ke atas Scotland dan Hungary dalam dua aksi awal Kumpulan A.

Pada awal permainan segala perancangan mereka nampak tidak menjadi biarpun trio serangan yang diketuai Kai Havert, Florian Writz dan Jamal Musiala banyak melakukan asakan ke pintu gawang lawan yang dikawal Yann Sommer.

Biarpun mendapat sokongan padu peminat, Jerman ketinggalan pada minit ke-28 selepas Ndoye yang juga pemain sayap Bologna menjaringkan gol pendahuluan untuk memimpin perlawanan sehingga ke minit-minit terakhir.

Ketika Switzerland diambang kemenangan yang membolehkan mereka muncul juara kumpulan, Fullkrug yang masuk sebagai pemain gantian menanduk masuk gol penyamaan pada minit kedua masa tambahan untuk menggembirakan ribuan penyokong tuan rumah.

“Saya rasa gol penyamaan jaringan Fullkrug adalah wajar, begitu juga kemampuan kami dalam perlawanan ini. Pemain banyak menghantar bola ke hadapan pada hujung permainan.

“Akhirnya ia membuahkan hasil dan kami meraih satu mata untuk kekal selaku juara kumpulan,” kata jurulatih Jerman Julian Nagelsmann.

Selaku juara Kumpulan A, Jerman akan berdepan naib juara Kumpulan C yang kini dihuni oleh Denmark di pusingan 16, manakala Swizerland akan berdepan sama ada juara bertahan, Itali atau Croatia dari Kumpulan B.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN