Belgium kena ada naluri ‘pembunuh’

Belgium kena ada naluri ‘pembunuh’

KEVIN De Bruyne (tengah) diraikan oleh rakans epasukan selepas beliau menjaringkan gol kedua untuk Belgium dalam kemenangan 2-0 ke atas Romania, semalam- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOGNE: Jurulatih Belgium, Domenico Tedesco mendakwa pasukannya mempunyai potensi besar pada Euro 2024 selepas peluang mereka untuk mara ke pusingan 16 kembali bernyawa menerusi kemenangan 2-0 ke atas Romania.

Belgium berada di ambang penyingkiran jika mereka tewas pada aksi tersebut namun Youri Tielemans menembusi gawang Romania ketika perlawanan baru berlangsung 73 saat sebelum Kevin De Bruyne meledak gol kedua pada minit ke-79.

Itu merupakan kemenangan pertama Belgium dalam kempen Kumpulan E selepas mereka dikejutkan dengan kekalahan 0-1 kepada Slovakia pada aksi pembukaan.

Disingkirkan di peringkat kumpulan pada Piala Dunia 2022 malah gagal melepasi suku akhir dalam dua edisi Euro membuatkan ramai berpendapat Belgium mensia-siakan skuad emas yang dimiliki mereka sekarang.

Bagaimanapun Tedesco berkeyakinan tinggi bahawa mereka mampu memberi impak di kejohanan tersebut jika layak ke peringkat kalah mati apabila dijadual bertemu Ukraine dalam aksi terakhir kumpulan pada 26 Jun ini.

“Kami mempunyai potensi yang luar biasa. Mari kita lihat, perlawanan terakhir akan sukar.

“Kami sangat lega kami menang. Ia sangat penting untuk mendapat tiga mata. Bagi aksi kejohanan seterusnya, kami perlu bebas daripada tekanan dan gembira,” kata Tedesco.

Tedesco akui Belgium perlu mempunyai naluri pembunuh jika mereka mahu layak ke pentas final kejohanan selepas melepaskan deretan peluang terbaik ketika menentang Romania dan situasi sama turut berlaku sewaktu tewas kepada Slovakia.

“Perbezaannya ialah kami menjaringkan dua gol dan pada perlawanan pertama kami tidak menjaringkan gol. Sudah tentu kami lebih suka dengan perlawanan kedua.

“Romania memberi kami banyak ruang berbanding Slovakia. Sudah tentu kami terlepas satu atau dua peluang. Ia lebih baik jika kami boleh bunuh perlawanan ini lebih awal.

“Mentaliti seperti itu bagus. Sayang jika anda lihat kualiti peluang yang kami hasilkan namun bukan mudah menentang Romania,” kata Tedesco.

Sementara itu, bos Romania, Edward Iordanescu mengakui pasukannya telah bermain dengan baik namun kesal apabila pemainnya melepaskan peluang terbaik yang dilihat mampu menggoyahkan Belgium.

“Anda lihat pasukan yang berkualiti. Mereka mempunyai kelajuan, ledakan dan kekuatan. Itu sebabnya saya katakana jangan terpedaya dengan perlawanan pertama mereka.

“Ia bukan kesilapan bahawa mereka pasukan ketiga terbaik dunia. Mereka calon untuk menjuarai trofi. Perlawanan tidak bermula dengan baik untuk kami namun kami berusaha keras dan dengan sedikit tuah kami mungkin boleh mendapatkan satu mata,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN