Aksi Azeem, Shereen di AUG 2024 penentu wildcard?

Aksi Azeem, Shereen di AUG 2024 penentu wildcard?

SHEREEN Samson Vallabouy ketika beraksi di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:Prestasi Muhammad Azeem Fahmi dan Shereen Samson Vallabouy di Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 berkemungkinan menjadi kayu pengukur kepada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dalam pemilihan calon wildcard ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Pengarah teknikal KOM, Robert Ballard berkata, beliau tidak sabar melihat prestasi dua negara itu di AUG yang disifatkan mampu untuk mempengaruhi keputusan badan induk itu memilih siapa yang layak diberikan tiket wildcard untuk berlari di Paris.

“Azeem dan Shereen berkemampuan untuk memecahkan rekod masing-masing di AUG. Saya menanti apa yang mereka mampu pamerkan, sekali gus mengukur pencapaian mereka musim ini sebelum menuju ke tahun 2025

“Bagaimanapun, KOM tidak meletakkan 100 peratus terhadap keputusan yang dihasilkan oleh Azeem dan Shereen ketika temasya AUG dalam pemilihan ke Paris,” katanya.

Menurut Ballard, sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku di kejohanan terbabit, pihaknya mungkin perlu membuat keputusan berdasarkan situasi semasa kedua-dua atlet berkenaan.

“Keputusan larian di AUG pada Selasa (Azeem) dan Rabu (Shereen). Jadi pengumuman dari KOM selewat-lewatnya pada Rabu. Kami perlu mengambil data laporan dari Institut Sukan Negara (ISN), nasihat teknikal dan analisis larian dan menghantarnya pada hari itu.

“Jika sesuatu berlaku seperti kecederaan di AUG maka kami ada pilihan yang jelas untuk dibuat. Jadi ianya terserah kepada KOM untuk membuat keputusan yang betul,” ujarnya.

Pada awal bulam ini, Shereen memadam rekod kebangsaan miliknya dengan catatan 51.79 saat (s) ketika kejohanan Music City Track Carnival di Tennessee, Amerika Syarikat (AS).

Untuk rekod, Azeem menjadi pemegang rekod kebangsaan setelah mencatat masa 10.09s pada Kejohanan Olahraga Bawah 20 Tahun Dunia di Cali, Columbia pada 2022 lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN