Skuad hoki dalam dewan mahu bangkit

Skuad hoki dalam dewan mahu bangkit

PEMAIN skuad hoki dalam dewan wanita negara (jersi kuning) mengawal bola ketika berdepan Indonesia dalam penentuan tempat ketiga dan keempat Kejohanan Piala Asia Hoki Dalam Dewan di Bangkok, Thailand.-IHSAN PERSEKUTUAN HOKI ASIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki dalam dewan wanita negara mahu melupakan kegagalan mara ke final Piala Asia Hoki Dalam Dewan dan berazam untuk bangkit memberi saingan lebih baik pada kejohanan akan datang.

Ketua jurulatih skuad hoki dalam dewan wanita negara, Mohd Rodzhanizam Mat Radzi berkata, meraih tempat ketiga dalam kejohanan itu selepas menumpaskan Indonesia 4-0 adalah pengubat duka buat anak-anak buahnya.

“Syukur Alhamdulillah. Kami meraih tempat ketiga, para pemain bangkit membenam Indonesia selepas tumpas kepada Thailand di separuh akhir. Pemain telah mempamerkan aksi terbaik pada kejohanan ini

“Walaupun kempen Piala Asia kali ini kami gagal merebut kejuaraan namun kami tetap membawa pulang sesuatu. Sepanjang kejohanan ini pemain komited dan tampil memperbaiki kesilapan mereka dengan pantas.

‘Terima kasih atas sokongan Presiden Konfiderasi Hoki Malaysia (KHM) yang terus mengambil berat terhadap skuad hoki dalam dewan serta perhatian daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS),” katanya.

Pasukan wanita kebangsaan menamatkan kempen Piala Asia di tempat ketiga selepas menundukkan Indonesia 4-0 pada perlawanan penentuan kedudukan tempat ketiga dan keempat di Chonburi, Thailand, semalam.

Kejayaan meraih tempat ketiga itu mengulangi pencapaian yang dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.

Untuk rekod, Malaysia mengungguli Piala Asia hanya sekali selepas menewaskan Kazakhstan 2-1 ketika menjadi tuan rumah pada 2009 lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN