Malaysia kembali mendahului Jepun 2-1, Jun Hao kutip mata kedua

Malaysia kembali mendahului Jepun 2-1, Jun Hao kutip mata kedua

LEONG Jun Hao menewaskan pemain Jepun, Koo Takahashi 21-19, 22-20 pada aksi pusingan pertama Terbuka Switzerland 2025 di St. Jakobshalle, Basel, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain badminton perseorangan kedua negara, Leong Jun Hao mengutip mata kedua Malaysia selepas menumpaskan wakil Jepun, Koki Watanabe pada suku akhir Piala Thomas di Chengdu, China, hari ini.

Jun Hao yang merupakan pemain ke-37 dunia mencipta kejutan ke atas Watanabe yang menghuni ranking No. 22 dunia 21-13, 21-10 dalam masa 35 minit.

Bagaimanapun, anak jati Setapak, Kuala Lumpur itu memiliki kelebihan psikologi jika rekod pertemuan 2-1 ke atas Watanabe diambil kira.

Namun, dalam pertemuan terakhir mereka berdua pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Selangor berpihak kepada Watanabe.

Kemenangan tersebut menyaksikan pemain berusia 24 tahun itu melebarkan rekod pertemuan kepada 3-1 dan membalas dendam ekoran kekalahan kepada Watanabe di tanah air sendiri, Februari lalu.
Selepas ini, beregu kedua Malaysia yang menghuni ranking No. 15, dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin

Mohd Rumsani bakal berdepan gandingan No. 16 dunia, Akira Koga-Taichi Saito untuk aksi ketiga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN