Malaysia bermula garang dalam acara berpasukan

Malaysia bermula garang dalam acara berpasukan

SHAHALRIL Aiman melakukan libasan ketika berdepan Brunei dalam aksi pertama acara berpasukan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa, hari ini.- GAMBAR- AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Skuad sepak takraw negara tidak berdepan masalah untuk menumpaskan Brunei 3-0 dalam perlawanan pertama acara berpasukan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024, sebentar tadi.

Turun selaku regu pertama, trio negara yang dibarisi Haziq Hairul Nizam (tekong), Amirul Zazwan Amir (apit kiri) dan Baihakki Aripin (apit kanan) mudah menumpaskan regu pertama Brunei 15-11, 15-7.

Skuad negara yang masih segar dengan gelaran juara bagi acara beregu dan regu semalam meneruskan momentum untuk mengutip mata kemenangan menerusi regu kedua.

MALAYSIA berdepan Brunei dalam aksi pertama acara berpasukan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024.

Regu kedua yang diwakili Zarif Marican Ibrahim Marican (tekong), Zaim Razali (apit kiri) dan Shahalril Aiman Halim (apit kanan) mempamerkan penguasaan penuh untuk mengatasi regu kedua Brunei 15-7, 15-9.

Zuhri Zain (tekong), Farhan Adam (apit kiri) dan Azlan Alias (apit kanan) yang turun selaku regu ketiga melengkapkan kemenangan 3-0 Malaysia selepas menang 15-6, 15-5.

“Alhamdulillah kita meraih kemenangan dalam perlawanan pertama, kami tidak memandang mudah pertemuan dengan Brunei dan semua pemain memberikan komitmen 100 peratus.

“Selepas ini, kami akan fokus untuk aksi kedua menentang Jepun. Selepas pasukan menang acara beregu dan regu semalam, kami mahu meneruskan momentum dalam acara berpasukan pula.

“Percaturan regu dan pemain mana diturunkan hanya ditentukan jurulatih, apabila diberikan peluang beraksi kami akan buat sehabis baik,” kata Shahalril Aiman.

Dalam acara berpasukan, Malaysia yang diundi dalam Kumpulan C akan turun menentang Jepun dalam perlawanan kedua pada pukul 8 malam esok.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×