Isteri redah lokasi bencana Nepal demi mencari Fakhrul

Isteri redah lokasi bencana Nepal demi mencari Fakhrul

HANI Othman bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mula bergerak ke kawasan bencana Nepal, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isteri kepada pegawai latihan di Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Tengah, Mohd. Fakhrul Munir, Hani Othman, nekad ke lokasi bencana hari ini bagi melihat sendiri keadaan mangsa serta situasi sebenar tragedi banjir Nepal.

Hani berkata, beliau kini sedang membuat persiapan dan memuatkan barangan bantuan sebelum bertolak ke lokasi berkenaan.

Menurutnya, perjalanan itu bukan sahaja bertujuan untuk melihat keadaan sebenar di lapangan malah bagi menghulurkan bantuan kepada  mangsa yang terselamat.

“Saya nak pergi tengok sendiri macam mana keadaan di sana. Saya juga akan kemas kini keadaan dan perkembangan dari lokasi melalui media sosial saya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Hani berkata, dia berharap kehadirannya di lokasi dapat membantu dalam memperkukuhkan usaha mencari dan menyelamat (SAR).

Dalam pada masa sama, dia mengakui perjalanan ke kawasan ground zero mempunyai risiko terhadap keselamatan dirinya.

Namun, katanya, dia bersedia mengambil risiko berkenaan bagi mendapatkan gambaran sebenar situasi di lapangan dan cuba membantu mengikut kemampuan.

“Saya tahu saya mempertaruhkan keselamatan dan nyawa saya untuk pergi ke sana. Tetapi mana tahu, dengan kehadiran saya dan bantuan media, kita dapat bantu mereka” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×