Zii Jia terkandas di suku akhir Kejohanan Asia

Zii Jia terkandas di suku akhir Kejohanan Asia

Lee Zii Jia terkandas di suku akhir Kejohanan Badminton Asia 2024 di China, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Impian pemain perseorangan No. 1 negara, Lee Zii Jia untuk mengulangi pencapaian di Manila, Filipina, dua tahun lalu, berkecai apabila dia tunduk kepada Jonathan Christie pada suku akhir Kejohanan Badminton Asia di Ningbo, China, semalam.

Pemain No. 11 dunia itu tewas mudah 11-21, 6-21 di tangan pilihan ketiga dari Indonesia tersebut hanya dalam masa 34 minit.

Jonathan merupakan lawan Zii Jia di pentas akhir sewaktu anak jati Alor Setar, Kedah itu menjulang gelaran Asia di Manila pada 2022.

Kekalahan itu juga menyaksikan Jonathan menyamakan rekod pertemuannya menentang Zii Jia kepada 5-5.

Cabaran Malaysia kini hanya diteruskan oleh dua beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani yang bakal bertemu sesama sendiri di separuh akhir, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN