Tun Haniff Omar meninggal dunia

Tun Haniff Omar meninggal dunia

Tun Mohammed Hanif Omar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar meninggal dunia pada pukul 2.15 pagi tadi.

Berita pemergian arwah dimaklumkan anaknya, Abdul Rahmat Omar Mohamed Haniff menerusi Facebook beliau.

Menurutnya, jenazah Allahyarham kini berada di kediaman di No.21, Jalan Memanah 13/55A, Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam sehingga pukul 10.00 pagi untuk urusan ziarah.

“Jenazah dijangka dibawa ke Masjid Al-Ikhlas, Jalan Lompat Pagar 13/37, Seksyen 13, Shah Alam untuk dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan.

“Maklumat urusan pengebumian akan diberi kemudian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN