Terengganu FC mahu jadi pencabar terkuat 

Terengganu FC mahu jadi pencabar terkuat 

PEMAIN-pemain Terengganu FC menjalani latihan harian di Kuala Terengganu sebagai persiapan mengharungi musim baharu Liga Malaysia yang akan bermula Mei ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Terengganu FC perlu menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik dalam saingan Liga Super 2024/2025 selain mara ke salah satu perlawanan akhir bagi kejohanan merebut piala iaitu Piala FA atau Piala Malaysia.

Itu sasaran yang diletakkan kepada skuad bimbingan Tomislav Steinbruckner musim ini oleh pihak pengurusan yang mahu pasukan berkenaan tampil selaku antara pencabar terkuat dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2024/2025.

“Kami menyasarkan tiga terbaik di Liga Super dan sekurang-kurangnya mara ke satu perlawanan akhir (kejohanan) berpiala sama ada Piala FA ataupun Piala Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FC, Mohd Sabri Abas ketika ditemui pemberita.

Sasaran itu bukan impian kosong kerana pada jendela perpindahan musim skuad Sang Penyu membawa masuk beberapa pemain baharu dalam kalangan tempatan mahupun import untuk menguatkan pasukan.

Pada musim ini, TFC berjaya  menandatangani Akram Mahinan, Ismaheel Akinade, Matthew Steenvoorden, Manuel Ott dan Marin Pilj selain mendapatkan khidmat Safawi Rasid, Akhyar Rashid secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT).

Mereka turut meminjam semula bek kanannya yang menyertai JDT, Azam Azmi Murad selain menaikkan pangkat beberapa pemain dari skuad Terengganu FC II yang cemerlang dalam kempen Piala MFL pada musim lalu. 

“Dengan kombinasi skuad yang kita ada daripada pemain tempatan dan import, Insya-Allah, kami yakin, kami mampu mencapai target (sasaran) itu dan menjadi antara pencabar terkuat Liga M musim 2024/2025,” tambahnya.

Pada masa yang sama, Sabri memaklumkan skuad Terengganu FC pada ketika ini telah lengkap dan dijangka tiada sebarang pertambahan pemain baharu lagi.

Musim lalu menyaksikan Terengganu FC menamatkan kempen Liga Super di tangga keenam disamping muncul naib juara Piala Malaysia dan mara ke separuh akhir Piala FA. 

Selain itu, mereka turut menamatkan kempen Piala AFC selaku naib juara Kumpulan G. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN