Sze Fei-Izzuddin naib juara Kejohanan Badminton Asia

Sze Fei-Izzuddin naib juara Kejohanan Badminton Asia

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani gagal menamatkan kemarau 17 tahun gelaran Asia apabila tunduk kepada gandingan tuan rumah, Liang Wei Keng-Wang Chang pada final Kejohanan Badminton Asia di Ningbo China. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harapan untuk melihat beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani menamatkan kemarau 17 tahun bagi merangkul gelaran Asia tidak menjadi kenyataan apabila mereka tunduk kepada gandingan tuan rumah, Liang Wei Keng-Wang Chang pada final Kejohanan Badminton Asia di Ningbo China, sebentar tadi.

Pasangan No. 19 dunia itu tewas 17-21, 21-15, 10-21 kepada beregu No. 3 dunia tersebut dan sekali gus, buat kali ketiga berturut-turut wakil Malaysia kecundang dalam perlawanan akhir.

Sze Fei-Izzuddin merupakan beregu ketiga yang muncul sebagai naib juara, selepas Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi berbuat demikian bagi edisi 2022 (Manila, Filipina) serta 2023 (Dubai, Emiriah Arab Bersatu).

Bagi edisi tahun ini, Aaron-Woi Yik berkongsi pingat gangsa bersama beregu Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan.

Kali terakhir Malaysia merangkul gelaran Asia ialah menerusi Choong Tan Fook-Lee Wan Wah pada 2006 dan 2007 di Johor Bahru – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN