Guardiola mahu 'bersihkan' City 

Guardiola mahu ‘bersihkan’ City 

PEP Guardiola dikatakan mahu menyingkirkan lima pemain daripada kelab tersebut ekoran prestasi hambar. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pep Guardiola mahu melakukan pembersihan secara besar-besaran dalam Manchester City apabila bercadang menyingkirkan lima pemain daripada kelab tersebut.

Skuad The Citizens yang menjuarai gelaran treble pada musim lalu berdepan masalah dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila dua pasukan teratas Arsenal dan Liverpool memiliki kelebihan satu mata meninggalkan mereka.

Bagaimanapun, City masih berpeluang untuk mengulangi pencapaian musim lalu apabila mereka masih lagi kekal relevan dalam persaingan perebutan kejuaraan Piala FA, Liga Juara-Juara dan EPL.

Guardiola yang sudah memasuki tahun akhir kontrak bersama City dikatakan bakal melakukan beberapa perubahan pada musim panas ini, malah jurulatih dari Sepanyol itu tidak menolak kemungkinan untuk kekal bersama kelab selepas tahun 2025.

“Ya sudah tentu. Saya boleh meninggalkan pasukan esok. Saya teringin melihat pasukan memenangi (EPL) dengan 100 mata (musim 2017-2018). Di kelab ini semuanya boleh berlaku,” katanya.

Selepas Ilkay Gundoga dan Riyad Mahrez meninggalkan kelab, Guardiola membawa masuk Jeremy Doku, Josko Gvardiol dan Matheus Nunes.

Bagaimanapun, media Sepanyol, Fichajes melaporkan Guardiola sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di City apabila mahu menjual lima pemain The Citizens.

Lima pemain yang Guardiola mahu singkirkan pada musim perpindahan adalah Kalvin Philips, Kyle Walker, Nunes, Joao Cancelo dan Sergio Gomez. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN